Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kasih jari anak yatim BERJAYA MENCAPAI 149 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

51  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0455.
Abu Bakar Shiddiq r.a menceritakan bahawa dia berkata kepada Rasulullah saw., "Ajarkanlah kepada ku, Ya Rasulullah, doa yang harus ku baca dalam solat. Jawab nabi, "Bacalah! "Allahumma ini zhalamtu nafsi zhulman katsiran, wala yaghfirudz dzunuba illa anta, faghfirli maghfiratan min 'indika warhamni innaka antal ghafurur rahim." ( Wahai, Allah! Bahwasanya aku aniaya terhadap diri ku sendiri dengan penganiayaan yang banyak. Tidak ada yang berhak mengampuni aku melainkan hanya Engkau. kerana itu ampunilah aku sebenarnya ampun dari Engkau. Dan kasihanilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih." )

52  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1016.
Dari Anas bin Malik r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:" Barangsiapa ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya, atau dipanjangkan (Allah) ,umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)."

53  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1020.
Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Allah mengasihi orang yang murah hati ketika menjual, ketika membeli dan ketika menagih.”

54  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0376.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Allah swt. akan memberikan naungan kepada tujuh jenis orang pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah. 1. Imam (pemimpin, kepala pemerintahan yang adil.) 2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah Allah. 3. Seseorang yang hatinya tergantung di mesjid. 4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah; mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah 5. Seorang laki-laki yang dirayu untuk berbuat maksiat oleh wanita bangsawan yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata halus, "Aku takut kepada Allah." 6. Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah diberikan tangan kanannya. 7. Seorang yang mengingat Allah waktu bersunyi-sunyi, lantas meleleh air matanya."

55  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0679.
Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Saad bin Ubadah sakit, Nabi saw. datang mengunjunginya bersama-sama dengan Abdurrahman bin 'Auf, Saad bin Abi Waqqash dan Abdullah bin Masud. Ketika Nabi tiba, ia sedang dikerumuni oleh keluarganya. Nabi bertanya, "Telah berpulang?" Jawab mereka, : Belum, Ya, Rasulullah!" Nabi saw. menangis; orang banyak pun menangis pula melihat beliau menangis. Lalu beliau bersabda, "Tidakkah kamu mendengar, bahawa Allah swt. tidak menyeksa kerana air mata dan tidak pula kerana hati yang duka; tetapi Allah menyeksa kerana ini (beliau menunjuk ke lidahnya) atau Allah mengasihi; sesungguhnya mayat itu diseksa kerana menatap tangis keluarganya.

56  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0717.
Dari Abu Ayyub r.a., katanya: "Seorang laki-laki berkata kepada Nabi saw., "Ajarkanlah kepada ku amal yang dapat memasukkan ku ke syurga."Seseorang yang lain bertanya, "Apakah yang ditanyakannya? Apakah yang ditanyakannya?" Nabi saw. menjawab, "Dia menanyakan sesuatu hal yang amat penting baginya. Sembahlah Allah dan jangan mempersekutukanNya dengan sesuatu. Tegakkanlah solat, bayarkan zakat dan hubungkan kasih-sayang."

57  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0284.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "solat berjemaah lebih banyak nilainya dua puluh lima kali daripada solat di rumah atau di pasar (tempat usaha) Sesungguhnya apabila kamu berwuduk dengan sempurna, kemudian dia datang ke masjid dengan niat semata hendak solat, maka setiap dia melangkah walau selangkah, Allah menaikkannya satu darjat, dan menghapus kesalahannya, sehingga ia masuk ke masjid. Apabila ia telah masuk masjid, maka selama ia mengerjakan solat, bahkan selama ia masih berada di tempat duduknya di masjid itu, malaikat sentiasa mendoakan baginya selama ia belum berhadas, "Wahai Allah! Ampunilah dia dan kasihilah dia!"

58  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0375.
Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Para malaikat sentiasa mendoakan kamu selama kamu masih berada di tempatmu solat dan belum berhadas. Doanya, "Ya, Allah! Ampunilah kiranya dia dan limpahkan kasih sayang kepadanya!" Seseorang kamu sentiasa dianggap seperti dalam solat, selama dia masih menunggu dan tidak ada yang menghalanginya untuk pulang ke rumahnya melainkan hanya kerana (menunggu) solat."

59  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0833.
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. dan para sahabatnya tiba di Mekah, orang musyrik berkata: Dia telah datang kepada mu, keadaan mereka telah lemah kerana penyakit Yatsrib. (Mendengar ucapan mereka itu), Nabi memerintahkan para sahabatnya supaya mereka berlari tiga keliling ketika tawaf, dan berjalan antara dua sudut. Beliau tidak memerintahkan supaya berlari keseluruhannya, hanya semata-mata kerana kasihan terhadap mereka."

60  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1237.
Dari Aisyah r.a., katanya: Nabi s.a.w. mendengar seorang laki-laki membaca Quran dalam masjid. Beliau bersabda: "Kiranya Allah memberi rahmat kepadanya! Ia mengingatkan saya akan ayat ini dan ayat itu yang saya lupa memasukkannya dalam surah ini dan surah itu". Abbad bin Abdullah r.a. menambahkan dari Aisyah r.a.: Nabi s.a.w. tahajjud di rumahku dan beliau mendengar suara Abbad sedang solat dalam masjid. Beliau bersabda: "Hai Aisyah! Suara Abbadkah ini?" Jawab ku: "Ya!" Sabda beliau: "Ya Tuhan, kasihilah kiranya Abbad!"